Dugaan demi dugaan saya tempuh yang mana setiap satunya amat memerlukan kesabaran dan kecekalan yang amat tinggi. Satu demi satu bukti singgah ke dalam hidup kami, seolah-olah tidak mahu melepaskan kami menjalani hidup hakiki, dengan lebih bermakna dan ceria. Mengapa ini semua terjadi? Saya tiada jawapannya, yang pasti inilah lumrah kehidupan.
Membaca setiap bait-bait tulisan perempuan itu seumpama saya yang bersalah, merampas haknya tanpa ehsan dan belas. Adakah saya begitu? Sedangkan hakikatnya, dia adalah suami saya, imam saya yang sentiasa saya hormati dan sayangi. Biarlah apa yang hendak dikata, biarlah masa menentu segalanya. Setiap permainan akan ada penghujungnya, jika tidak pun kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Kata-kata suami sedikit sebanyak menyejukkan hati saya, biarlah dia nak tulis apa pun, hakikatnya kita tahu dia siapa. Saya menantikan saat-saat itu berlaku. Cukup cukup la mengganggu hidup kami, saya merayu sangat-sangat......tolonglah tinggalkan kami, pergi lah kau jauh dari kehidupan kami. Sesungguhnya kau telah banyak menghiris perasaan dengan tipu daya dan lakonan hebat mu itu. Jadi pohon tinggalkan kami menyusuri kehidupan kami dengan lebih aman tanpa gangguan daripada mu.
Jangan kau tagih cinta suami saya yang sememangnya bukan hak kau. Sandiwara apa yang kau mainkan tidak ingin saya hiraukan. Hakikat telah terbentang luas di depan mata dan kami saksi segala-galanya. Maka cukup-cukup lah, lepaskan kami dari cengkaman mu. Pergi jauh dan jangan sekali-kali kembali.
Dan seandainya kau cuba mencabar kesabaran ini dengan tindakan kau yang bukan-bukan, saya berjanji kau akan terima padahnya dan kali ini saya tak akan berlembut lagi....
Wassalam.
No comments:
Post a Comment