Daripada semalam saya merasa tidak sedap hati, seperti ada yang berlaku di luar pengetahuan saya. Saya dapat mengagaknya tapi takut untuk meluahkannya. Hati ini berat menyatakan bahawa suami telah berhubung semula dengan perempuan itu dan saya telah cuba sedaya upaya menepis menepis firasat itu. Ya Allah, senadainya benar firasat saya ini, saya memohon pada Mu untuk memperkuat emosi saya sesungguhnya di saat ini saya tiada lagi kekuatan untuk menerima sebarang cerita berkaitan perempuan itu.
Dan seandainya benar firasat saya ini, saya akan hanya mampu memendam rasa, terkilan, sedih, pilu, terluka kerana saya tahu suami tidak pernah cuba memahami perasaan saya ini. Biarlah dia bahagia walaupun saya terpaksa menerima akibatnya. Kecewa kerana suami memang tidak langsung cuba memahami perasaan ini tapi biarlah. Apabila tiba masa dan saatnya, saya nekad untuk mengundur diri bersama Arif, walaupun dengan hati yang cukup berat. Dan di saat itu juga, saya percaya suami telah ada cinta hati yang baru dan kami tidak akan diperdulikan lagi. Biarlah saya mengalah demi kebahagiaannya kerana itu lah kemahuannya - bersama insan yang dicintai dan saya tahu saya bukan insan itu.
Pada ketika itu, kami mungkin dibuang jauh dari hidupnya kerana telah ada yang baru. Dan mungkin ketiadaan kami langsung tidak dipeduli. Sehingga saat itu, saya akan cuba sedaya upaya bertahan walaupun kudrat saya sudah tiada lagi.
p/s: Saya masih belum buat ujian itu lagi tapi saya pasti keputusan nya negatif. Tetapi seandainya positif, saya terima dengan redha kerana itulah pemberian Nya dan akan menyayanginya walaupun suami tidak berkehendakkannya.
Wasalam
Saya akan sentiasa berdoa agar Suami akan sentiasa berada di sisi kami, menjadi ketua keluarga dan membimbing kami ke arah jalan yang diredhai. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, betapa saya amat mencintai suami saya dan saya tidak mahu dan tidak sanggup kehilangannya. Tapi seandainya suami tetap dengan pilihannya, saya tiada pilihan lain....asalkan dia bahagia sudah cukup bagi diri ini
ReplyDelete