Thursday, 28 April 2011

Hikmah daripada E-mail

Tersentuh hati dengan mutiara kata daripada Tn. Hj. Suhaimi hari ini. Sesungguhnya ia sedikit sebanyak membuka mata saya bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan walau dengan apa cara sekalipun yang penting niat kita ikhlas. Walau di mana saja kita berada, Insya Allah sekiranya niat kita ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Saya sedar bahawa sehungga saat ini, saya terlampau banyak bersungut, seolah-olah tidak bersyukur dan telah terlupa bahawa setiap dugaan Nya adalah juga hikmah.

Ya Allah, betapa aku telah begitu alpa, sehingga tidak melihat kebaikan yang terbentang di hadapan mata. Ya Allah, terima kasih atas ingatan Mu ini. Terima kasih kerana memperkenan doa ku. Semoga aku akan sentiasa kekal positif dengan setiap apa yang mendatang demi Mu dan keluarga ku dan semoga sentiasa ada sinar keimanan di dalam diri kami. Amin :)

Mutiara kata dan huraiannya berbunyi begini:

“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu”.

HURAIAN
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?”  “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? ”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?”“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini.

Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.  Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


Wassalam

Wednesday, 27 April 2011

Firasat atau Prasangka

Daripada semalam saya merasa tidak sedap hati, seperti ada yang berlaku di luar pengetahuan saya. Saya dapat mengagaknya tapi takut untuk meluahkannya. Hati ini berat menyatakan bahawa suami telah berhubung semula dengan perempuan itu dan saya telah cuba sedaya upaya menepis menepis firasat itu. Ya Allah, senadainya benar firasat saya ini, saya memohon pada Mu untuk memperkuat emosi saya sesungguhnya di saat ini saya tiada lagi kekuatan untuk menerima sebarang cerita berkaitan perempuan itu.

Dan seandainya benar firasat saya ini, saya akan hanya mampu memendam rasa, terkilan, sedih, pilu, terluka kerana saya tahu suami tidak pernah cuba memahami perasaan saya ini. Biarlah dia bahagia walaupun saya terpaksa menerima akibatnya. Kecewa kerana suami memang tidak langsung cuba memahami perasaan ini tapi biarlah. Apabila tiba masa dan saatnya, saya nekad untuk mengundur diri bersama Arif, walaupun dengan hati yang cukup berat. Dan di saat itu juga, saya percaya suami telah ada cinta hati yang baru dan kami tidak akan diperdulikan lagi. Biarlah saya mengalah demi kebahagiaannya kerana itu lah kemahuannya - bersama insan yang dicintai dan saya tahu saya bukan insan itu.

Pada ketika itu, kami mungkin dibuang jauh dari hidupnya kerana telah ada yang baru. Dan mungkin ketiadaan kami langsung tidak dipeduli. Sehingga saat itu, saya akan cuba sedaya upaya bertahan walaupun kudrat saya sudah tiada lagi.

p/s: Saya masih belum buat ujian itu lagi tapi saya pasti keputusan nya negatif. Tetapi seandainya positif, saya terima dengan redha kerana itulah pemberian Nya dan akan menyayanginya walaupun suami tidak berkehendakkannya.

Wasalam

Tiada Di Hatinya

Secebis luahan dari sekeping hati yang telah terluka dan hanya memohon untuk dimengertikan daripada insan yang paling dicintai....


Segalanya telah ku korbankan
Memenuhi hasrat semoga kau kekal gembira
Segala kemahuan mu ku turutkan
Hanya kerana di hati ku kau bertakhta


Tanpa ku sedar begini akhirnya
Ku harap sinar bahagia ke akhirnya
Rupanya awan mendung menjengah rupa
Hidup ku kini dirundung duka


Masih tersisakah bahagia di hati
Seandainya raja hati enggan mengerti
Adakah ria mampu menjelma kembali
Seandainya aku tiada di hati lagi


Tiada lain ku pinta hanya pengertian
Daripada insan yang amat ku harapkan
Jangan biar hati ini luka berpanjangan
Walaupun aku bukan lagi pilihan


Buat insan yang amat ku kasihi
Ketahuilah hati ini tidaka berbelah bagi
Doa ku buat mu sentiasa di hati
Walau pun aku tiada harga lagi


Di suatu hari mungkin kau fahami
Di saat aku tiada lagi di sisi
Aku hanya mahu kau mengerti
Aku tak kan pernah berhenti menyintai


Duhai Yang Esa aku berserah
Hanya pada Mu ku memohon
Kau tingkatkanlah iman, berikan hidayah
Agar aku tidak tertewas menempuh dugaan


Wassalam

Monday, 25 April 2011

Gembira Dalam Tangis

Apalah nak jadi dengan nasib saya, terumbang-ambing seorang diri, memujuk hati yang sedih dan duka lara. Tiada siapa yang mendengar akan rintihan saya. Tiada siapa. Kepada siapa patut saya mengadu? Ntah lah, insan yang paling saya harap telah jauh berubah. Terasa badan ini tiada lagi terdaya kerana semangat yang ada semakin hilang satu persatu. Nak mengadu pada angin, nak ke angin dengar. Luaran memang nampak ceria dan gembira tapi gelodak di jiwa ini hanya Allah saja yang tahu. Telah saya adukan kepada Nya, Alhamdulillah ada la terubat pekung di dada ni.

Minggu yang diharapkan akan bahagia tiba-tiba hancur berderai. Malam tadi kami bertengkar, perkaranya-perempuan itu. Saya amat-amat tersentuh pada ketika itu dan tidak mampu mengawal perasaan. Tanpa saya sedar saya telah meninggikan suara pada Suami. Ya Allah, apa yang telah saya buat. Kepada Suami, saya memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya amat-amat menyesal. Saya umpama hilang pedoman. Saya memahami situasi Suami dan saya cuba sedaya upaya untuk mengubat hatinya namun hatinya bukan untuk saya lagi, hatinya hanya pada perempuan itu. Suami masih berharap pada perempuan itu. Katanya seperti ada yang belum selesai. Isteri mana yang tidak tersentuh hati apabila suami bercerita mengenai hati dan perasaannya dengan orang lain. Telah saya cuba untuk menenangkan hati ini ketika itu, tapi gelodak jiwa terlampau bergelodak sehingga tidak dapat dikawal. Maafkan aku wahai suami ku, bukan ku tak sayang mahupun tidak ada sekelumit niat untuk menyakitimu. Ku memahami mu seadanya namun adakalanya tertewas dengan perasaan ini yang telah luka bernanah. Ku pohon cuba fahami situasi ku ini seperti mana yang pernah selalu kau lakukan dahulu untuk ku, seperti mana aku yang sentiasa cuba memahami diri mu.

Ntah lah, andai kata Suami berada di tempat saya 6 tahun dulu, mungkin lagi teruk keadaan nya sekarang. Sudahlah saya melihat dengan mata kepala sendiri akan perlakuan yang paling jijik di antara 'F' dengan pekerjanya. Tidak cukup dengan itu, saya ditinggalkan sendirian di lebuhraya yang gelap tanpa alasan. Terkontang-kanting balik berjalan kaki sendiri dek kerana takut untuk menumpang sesiapa. Saat itu, saya ibarat sampah, tiada harga, dibuang sesuka hati. Pun begitu saya masih sayang pada 'F'.

Selepas kejadian itu, saya cuba hubungi 'F' tapi langsung tidak diendahkan. Hari, minggu, bulan berganti ke tahun hati ini masih tetap padanya masih kuat mencintainya. Auranya terlalu kuat dengan saya. Saya tahu dia masih sayangkan saya dan mempunyai sebab melakukan perkara itu. Hati ini selalu menidakkan perkara yang tidak baik tentang dirinya. Perasaan saya selalu benar mengenai dirinya. Terlampau banyak buktinya pada waktu itu. Pada saya, hanya dia untuk saya dan tiada insan lain yang sama dengan 'F'. Syukur Alhamdulillah kerana dek kesibukan kerja akhirnya aku bebas dari perasaan itu dan masih mampu berfikir betapa saya telah mensia-siakan 5 tahun semata-mata hidup dalam fantasi. Bila diingatkan balik, adakah perpisahan ketika itu sesuatu yang belum selesai? Mungkin ya, kerana saya telah dibuang begitu sahaja tanpa mendapat sebarang penjelasannya sehingga sekarang namun saya doakan semoga 'F' bahagia walau di mana sahaja dia berada. Life must go on kan?

Masihkah ada bahagia untuk saya di luar sana? Setiap hari yang dilalui terlampau berliku, penuh dengan batu kerikir yang amat tajam, semakin hari semakin melarat lukanya. Saya sedar apa yang saya alami adalah balasan untuk apa yang telah saya lakukan dulu. Ya, saya sedar betapa berdosanya saya, bukan setakat dosa kecil tapi seberat-berat dan sebesar-besar dosa yang ada di muka bumi ini - berzina dan menggugurkan kandungan. Ya Allah, betapa hinanya hamba Mu ini. Sesungguhnya saya telah insaf dan memohon taubat daripada Mu dan redha setiap ujian-ujian Mu ini, namun saya hanya insan biasa, lemah segala-galanya. Namun Insya Allah akan saya gagahkan juga demi memohon keampunan dari Mu.

Ya Allah, berikan lah kekuatan buat diri ini untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Kuatkan lah iman di dada ini, cekal dan tabahkanlah hati yang kerdil ini. Sesungguhnya aku tiada tempat mengadu melainkan hanya pada Mu.

Biarlah saya rawat luka ini sendiri, seandainya insan yang saya amat harapkan tidak sudi lagi untuk mambantu.


Wassalam

Wednesday, 20 April 2011

Tiupan Semangat- The Voice Within

Saya terjumpa lagu ni di dalam FB kawan saya. Cuba dengar lagu ni dulu memandangkan mood hari ni kurang memberansangkan. Perihal perempuan itu disebutnya pada saya di pagi hari ini. Hmmm...apa kan daya, saya tahu saya tiada dalam hatinya. Setelah saya dengar lagu ini dan saya baca liriknya, ia sangat-sangat memberikan saya semangat: semangat untuk meneruskan perjuangan saya yang saya sendiri tidak pasti akan kesudahannya. Lagu oleh Christina Aguilera bertajuk The Voice Within. Liriknya ada di bawah dan seperti biasa saya coretkan di sini sebagai peringatan untuk diri saya dan sebagai pembakar semangat diri ini yang makin lama kian malap:

Young girl don’t cry
I’ll be right here when your world starts to fall
Young girl it’s alright
Your tears will dry, you’ll soon be free to fly

When you’re safe inside your room you tend to dream
Of a place where nothing’s harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means

Chorus:
When there’s no one else, look inside yourself
Like your oldest friend just trust the voice within
Then you’ll find the strength that will guide your way
You’ll learn to begin to trust the voice within

Young girl don’t hide
You’ll never change if you just run away
Young girl just hold tight
Soon you’re gonna see your brighter day

Now in a world where innocence is quickly claimed
It’s so hard to stand your ground when you’re so afraid
No one reaches out a hand for you to hold
When you look outside look inside to your soul

Life is a journey
It can take you anywhere you choose to go
As long as you’re learning
You’ll find all you’ll ever need to know
(be strong)
You’ll break it
(hold on)
You’ll make it
Just don’t forsake it because
No one can tell you what you can’t do
No one can stop you, you know that I’m talking to you

Young girl don’t cry I’ll be right here when your world starts to fall

Wassalam

Monday, 11 April 2011

Warkah Buat Kekasih

Ku titipkan khas buat suami ku yang tercinta.....


Mencorak bintang menjadi permata aku tak berdaya
Kerna nyata aku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi keranjang aku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula kau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima warkah cintaku ini
Yang biasa dan tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana
Tiada bait-bait indah ungkapan kata seperti dirinya
Pun begitu ku harap ia mampu menyentuh hati mu

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika aku tak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya hamparan lena untukmu

Kekasih mohon kau mengerti
Warkah yang mudah tiada bermadah
Khas dari ku hanya untuk diri mu
Moga kau mengerti akan isi hati ku
Yang sentiasa menitipkan doa dan ingatan buat mu
Yang sentiasa menyayangi mu tanpa mengenal jemu


Wassalam

Thursday, 7 April 2011

Kami Ingin Bahagia

Dugaan demi dugaan saya tempuh yang mana setiap satunya amat memerlukan kesabaran dan kecekalan yang amat tinggi. Satu demi satu bukti singgah ke dalam hidup kami, seolah-olah tidak mahu melepaskan kami menjalani hidup hakiki, dengan lebih bermakna dan ceria. Mengapa ini semua terjadi? Saya tiada jawapannya, yang pasti inilah lumrah kehidupan.


Membaca setiap bait-bait tulisan perempuan itu seumpama saya yang bersalah, merampas haknya tanpa ehsan dan belas. Adakah saya begitu? Sedangkan hakikatnya, dia adalah suami saya, imam saya yang sentiasa saya hormati dan sayangi. Biarlah apa yang hendak dikata, biarlah masa menentu segalanya. Setiap permainan akan ada penghujungnya, jika tidak pun kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Kata-kata suami sedikit sebanyak menyejukkan hati saya, biarlah dia nak tulis apa pun, hakikatnya kita tahu dia siapa. Saya menantikan saat-saat itu berlaku. Cukup cukup la mengganggu hidup kami, saya merayu sangat-sangat......tolonglah tinggalkan kami, pergi lah kau jauh dari kehidupan kami. Sesungguhnya kau telah banyak menghiris perasaan dengan tipu daya dan lakonan hebat mu itu. Jadi pohon tinggalkan kami menyusuri kehidupan kami dengan lebih aman tanpa gangguan daripada mu.


Jangan kau tagih cinta suami saya yang sememangnya bukan hak kau. Sandiwara apa yang kau mainkan tidak ingin saya hiraukan. Hakikat telah terbentang luas di depan mata dan kami saksi segala-galanya. Maka cukup-cukup lah, lepaskan kami dari cengkaman mu. Pergi jauh dan jangan sekali-kali kembali.


Dan seandainya kau cuba mencabar kesabaran ini dengan tindakan kau yang bukan-bukan, saya berjanji kau akan terima padahnya dan kali ini saya tak akan berlembut lagi....


Wassalam.

Wednesday, 6 April 2011

Jalanan Berduri

Status di Facebook saya pada hari ini "Ya Allah, aku mohon pada Mu, Kau kuatkan lah hati hamba Mu ini untuk menghadapi dugaan-dugaan yang maha berat ini. Sesungguhnya aku redha dengan setiap ketentuan Mu Ya Allah dan hanya pada Mu aku berserah. Amin."

Berat sungguh dugaan Mu ini Ya Allah. Namun selagi terdaya akan saya bertahan. Bertahan untuk apa? Bertahan demi suami yang tercinta dan anak yang dikasihi. Mereka lah insan yang paling saya sayang di saat ini dan saya tak akan hampakan mereka. Perjalanan ini masih panjang, tidak diketahui haluan kita di masa hadapan. Suka, duka, tawa, ria lumrah kehidupan. Walau apa pun saya akan cuba bertahan demi untuk secebis bahagia....

Awan mendung yang berarak kedinginan
Lautan keruh yang bergelora kecewa
Bayu nan lembut yang berhembusan kesedihan
Kini jadi taufan kehilangan haluan

Sekian lama daku mencari bahagia
Namu tiada ku semukanya di mana
Jalanan ku tempuh penuh duri
Beginikah suratan hidupku ditentukan

Mengapa duka lara seringkali melingkari diri ini
Bilakan berakhir kisah pilu dari hidupku
Ingin ku pergi bawa hati
Jauh ku pergi bawa diriku yang sepi
Mungkinkah ku bertemu bahagia yang ku cari

Segala kepahitan ku rasa ku pendamkan
Tak mungkin dapatku meluahkan pedihnya
Biarlah daku mengharunginya sendirian
Waktu sakitnya daku rasakan derita

 Wassalam

Monday, 4 April 2011

Melukut Di Tepi Gantang

Ini lah yang saya rasa di kala ini, mengharap kepada yang tak sudi.....


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata

Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku

Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu dicuri
oleh insan kedua
Aku sengsara

Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…


Wassalam

Demi Cinta, Kasih & Sayang

Sejak peristiwa kami sekeluarga terserempak dengan 'buah hati, pengarang jantung' suami sedang berdating di Burger King, Alamanda, suami menjadi tidak keruan. Seluruh hidupnya kucar-kacir seolah-olah tiada kesinambungan. Setiap apa yang dilakukan, setiap detik yang terisi hanya meratap hiba akan perlakuan kekasih hati yang disanjung-sajung telah mencurangi nya. Saya sedih melihat suami seperti hilang arah. Tidak bermaya, jiwa kosong. Saban hari saya cuba membuka mata suami akan realiti itu dan hidup perlu diteruskan namun pandangan sepi balasannya. Ya, saya cuba sedaya upaya untuk membantu suami untuk mengubat lukanya. Dalam hal ini, tuntutan kesabaran daripada saya amat diperlukan.


Saya mengaku bahawa saya sangat kecewa, sedih dan berkecil hati dengan tindakan suami yang menduakan saya. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang telah dilakukan oleh suami dengan perempuan itu dan tindakan suami melebihkan anak perempuan itu daripada anak-anaknya sendiri. Ya, saya sedar diri saya siapa dihati suami, umpama melukut di tepi gantang. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Kepedihan dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya tidak menuntut pembalasan, cukup la suami kembali ke pangkuan keluarga dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada Yang Esa dan keluarga. Dan oleh sebab kasih sayang saya kepada suami yang tidak berbelah bagi maka saya masih di sini, sedaya upaya memberikan sokongan kepada suami supaya dia sentiasa tabah dan kembali menjadi MOHD DIAN BIN NAIS yang saya kenali dulu: periang, ceria, tidak pernah kenal erti putus asa, bertanggungjawab, memahami dan tidak gentar dalam membuat sebarang keputusan.


Saya faham masa yang diambil untuk melupakan seseorang yang dikasihi dan dipercayai adalah terlalu lama. Saya pernah mengalaminya dahulu dan saya faham akan keperitannya. Saat itu, kita perlu kuat dan bulatkan tekad untuk melupakannya walaupun memori-memori indah bersama akan nakal bermain-main di ruangan minda. Apa pun, kewarasan akal dan minda perlu memainkan peranan di dalam menangkis segala perasaan sayang, rindu, kasih dan memori indah yang akan sentiasa berlegar-legar dan menghanyutkan kita. Walau apa pun terjadi, hidup perlu diteruskan. Dan di kala ini, segala bentuk rasional saya suakan kepada suami supaya tiada harapan ditaruhkan kepada perempuan itu. Perempuan yang telah jauh menghanyutkan dia ke lembah maksiat, ke dunia yang mana kami sebagai keluarga ditolak bagai tiada hati dan perasaan.


Mungkin saya bodoh mengharapkan kasih sayang suami kembali seperti sedia kala sedangkan di hatinya telah mempunyai penghuni, penghuni yang telah menganiayanya. Tapi demi cinta dan sayang padanya saya akan tetap berada di sampingnya walaupun apa jua halangan melainkan seandainya saya sudah tidak diperlukan lagi maka saya akan redha. Sesungguhnya hati ini hanya milik suami seorang.


Buat suami, saya amat cinta, kasih dan sayangkan kamu dan segala keperitan mu adalah keperitan saya jua.




Wassalam

Friday, 1 April 2011

Ramalan Ku Benar Belaka

Saat ini saya tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihan yang semakin lama semakin lara. Di kala sendirian, saya hanya mampu melayan perasaan. Perasaan kecewa, sedih, marah, geram dan bermacam-macam lagi. Saya sedih kerana suami selama ini telah mengabaikan kami sekeluarga: saya, Anas, Amar dan Arif. Sampai hati kan.....tergamak sungguh tapi saya tidak mampu lakukan apa-apa. Perhatian lebih telah diberikan kepada insan lain yang dianggap paling istimewa dalam hidupnya. Adakah kami ini tidak istimewa di hatinya sehingga diperlakukan begitu? Wallahualam, saya tidak berani menjawab kerana bimbang akan jawapannya.


Segala telah berlaku. Semoga suami mendapat pengajaran daripada apa yang telah diperlihatkan kepadanya. Ya, mungkin doa saya makbul dan saya sepatutnya gembira tapi tidak, malah saya lebih bersedih daripada yang selalu. Kecurangan suami terlampau perit untuk ditelan tapi digagahkan juga demi cinta saya padanya, dia amat memerlukan saya di sampingnya. Dan saya bersedih kerana tidak sanggup melihat suami gundah gulana. Walaupun atas kesilapannya sendiri, saya tidak mampu membiarkan dia seorang menanggung keperitan. Biarlah saya berkorban demi suami dan keluarga. Akan saya telan segala keperitan yang telah dilalui nya dan semoga dengan pengorbanan ini akan muncul sinar bahagia. Amin....


Lirik ini terlampau sinonim dengan keadaan saya sekarang. Ya, segala ramalan dan telahan saya benar belaka. Sebagai pengubat duka, selalu saya ingatkan diri ini bahawa setiap kesabaran itu akan dikurniakan hikmah yang amat besar daripada Nya. 


Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan
Tak henti melanda
Buntu... ku memikirkannya

Kau memilih diri ku
Di atas dasar apa
Apakah kerna cinta
Atau... pelepas sepi cuma

Seumpama... dedaunan...
Yang telah gugur bertaburan
Membiarkan... ranting dimamah usang

Apakah semua itu
Akan terjadi pada ku
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang diramalkan

Waktu bersama mu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan... bersama
Dan satu darinya... engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilangan mu
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita... semai benih cinta
Merempuh dugaan... akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain... dihati mu... bertakhta
Hingga ke saat ini... ku masih terkenangkan
Saat-saat yang indah... nyata kesudahan aku parah



Wassalam