Ya Allah....sungguh berat dugaan Mu ini. Tidak ku sangka lepas satu-satu bukti kecurangan Suami diperlihatkan. Ya Allah, kuatkan lah semangat ku untuk menghadapi dugaan mu ini Ya Allah. Terima kasih kepada insan yang masih mengambil berat akan diri ini. Gambar Suami dan perempuan itu yang dititipkan tidak akan saya simpan kerana akan menambah luka di dada. Terkilan...ya, sangat terkilan kerana saya tiada gambar bersama dengan Suami dalam keadaan begitu. Sebagai bukti kepada Suami? Pun x perlu kerana dia akan menidakkan kebenaran. Semakin lama semakin dalam luka ini wahai Suami ku, pedih dan bernanah. Menangis....telah puas, sehingga air mata pun tiada lagi untuk menjengah. Malu & segan? Teramat sangat.
Kepada Suami.....terima kasih. Daripada Isteri Mu
:(
Wassalam
No comments:
Post a Comment