Bila melihat wajah anak saya yang baru berusia 4 bulan, hati menjadi sayu. Terdetik di hati mengapa Suami melakukan perkara seperti ini kepada kami. Adakah kerana saya yang bersalah, tidak memenuhi segala keperluannya, tidak memberikan dorongan dan semangat buatnya atau adakah......Hmmmm...terlampau banyak persoalan bermain-main di benak hati ini. Balasan Tuhan kepada saya mungkin.
Hati menjadi bertambah terkilan dan terluka apabila mengenangkan bahawa Suami sedang berbahagia mengulit cinta menyulam rindu melalui sms atau e-mail dengan perempuan itu. Bahagiakan mereka. Saya? Di mana letaknya nilai saya sebagai seorang isteri dan ibu di hati Suami? Terasa akan diri ini begitu bodoh dan dungu diperlakukan seperti itu. Isteri yang sah tiada hak di sisi Suami tercinta sebaliknya perempuan itu juga yang dikasihi dan dilindungi.
Kadang-kadang terfikir, biarlah keadaan begini asalkan Suami bahagia tetapi sanggupkah saya berterusan begini memendam rasa seorang diri, tiada tempat mengadu dan sentiasa diperlekeh. Pernah sekali saya dapat tahu bahawa Suami pernah menyatakan bahawa perempuan itu melengkapkan hidupnya dan rindunya akan sentiasa ada pada perempuan itu. Betapa hancur luluh hati ini bila teringat akan perkara itu, seperti hancur luluhnya hati ini sewaktu Suami bernikah dengan tunangannya pada Ogos 2006. Jauh di sudut hati saya doakan mereka bahagia dan pada ketika itu saya telah tanamkan tekad untuk berpisah dengan nya, untuk tidak menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga nya.
Namun perkara itu tidak dapat saya lunaskan kerana perasaan kasih dan cinta yang teramat sangat pada Suami. Walaupun telah berkahwin pada ketika itu, saya dan Suami sentiasa bersama, apabila ada masa terluang. Hubungan ini lama-kelamaan dihidu oleh isterinya. Teruk saya dimaki dan dihamun. Jalang, betina sundal, pelacur, pantat gatal dan bermacam-macam hinaan terus singgah melalui sms dan panggilan telefon daripada pihak disebelah isterinya. Saya biarkan saja perkara ini berlalu, Suami lah yang banyak menyokong pada ketika itu. Oh...bahagianya ketika itu, Suami amat prihatin dan mengambil berat terhadap saya. Kasih dan sayang jelas kelihatan pada diri Suami.
Bila diingatkan kembali, saya pun ada salahnya. Menjadi orang ketiga di dalam sebuah perkahwinan. Tidak salah bagi Si Isteri untuk marah dan melampias kata-kata begitu kerana dia memang berhak. Seperti saya katakan awal tadi, mungkin ini balasan Allah kepada saya, terus dibayar cash di atas dunia.
Kepada insan yang bernama NorAzian Mohd Zaki, saya memohon maaf dari atas kepala hingga hujung kaki atas segala perbuatan saya. Saya tahu perbuatan saya ini tidak wajar dimaafkan namun saya pasrah.
Kepada Suami, terlampau banyak memori indah yang terpahat dalam hati ini. Cuma saya sangat rindu akan saat-saat itu. Saya sangat rindu Suami saya.......
Wasalam.
No comments:
Post a Comment