Salam perkenalan kepada sesiapa yang terjumpa dan terbaca entri saya. Terasa kepuasan yang teramat kerana dapat menghasilkan blog sendiri. Tujuan blog ini hanya lah sebagai luahan rasa seorang yang bergelar isteri di dalam mengharungi sebuah kehidupan. Boleh la dikira sebagai catatan kehidupan atau diari.
Penulisan saya ini tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa cuma ini sajalah medium yang saya ada untuk meluahkan segala isi hati yang terbungkam. Suka duka menangis ketawa di dalam kehidupan seorang isteri. Coretan-coretan ini akan mengingatkan saya kembali saat-saat perkenalan dengan insan bernama Suami sejak lima tahun yang lepas serta halangan-halangan yang perlu dilalui untuk saya bergelar isteri kepada Sang Suami.
Kepada Sang Suami, sekiranya terbaca akan entri-entri di dalam blog ini, harap mengerti dan memahami gelodak di jiwa.
Salam perkenalan sekali lagi. Wassalam
No comments:
Post a Comment