Thursday, 23 June 2011

"Do's & Don't"

Salam, dah lama saya tak menulis dalam blog ni. Almaklum lah, rutin hidup semakin menuntut ruang dan masa. Banyak peristiwa telah terjadi dan ia makin menghimpit perasaan insaniah dan logikal secara akli. Sebagai seorang isteri, saya harus taat kepada suami dan saya sama sekali tidak membantah mahupun mempersoalkan segala tindakannya. Namun adakalanya, saya juga perlukan perhatiannya tapi mungkin ruangan masa dan waktunya untuk saya amat terbatas memandangkan keperluan kehidupannya lebih menuntut pengisiannya. Hmmm.....ntah lah, adakalanya saya terfikir bahawa masa dan perhatiannya daripada asal lagi bukan untuk diri ini.


Terasa hidup ini semakin kosong dan dia semakin jauh meninggalkan saya. Walau apa pun yang saya lakukan tetap tidak dapat menggembirakan hatinya, dan ya, saya tahu apa yang akan membuatkannya gembira semula......PEREMPUAN itu. Tahukah dia bahawa setiap kali dia mengucapkan perihal berkaitan perempuan itu, makin dalam, pedih dan benanah luka di hati ini. Tidak cukupkah kesengsaraan yang saya alami, penipuan-penipuan bodoh yang terpaksa saya telan dan yang paling saya terkilan, maruah saya yang telah dicemari sebagai seorang isteri (Tetiba peristiwa di PUSPAL menjelma kembali. Sungguh saya amat malu masa itu, mereka menafikan saya sebagai isteri MOHD DIAN BIN NAIS) Tika ini, saya tidak lagi dibenarkan menelefonnya, alasan dia tidak suka ditelefon. Jadi selama ini....? Tapi biarlah, saya malas nak fikir dan meratap hiba. Saya perlu teruskan hidup demi Arif. Hanya dia pengubat hati ketika duka dan pendengar setia setiap rintihan jiwa ini. Apa pun saya redha, walau apa terjadi sekalipun kerana ini adalah qada' dan qadar Nya dan saya tetap menyintai Suami saya hingga ke hujung nafas ini, sekiranya diizinkan... Insya Allah.


Peristiwa-peristiwa ini telah banyak mengubah siapakah diri ini sebenarnya. Saya tidak lagi mengenali diri saya sendiri. Saya tidak lagi tahu apakah peranan saya dalam kehidupan ini. SIAPA SAYA?????  Banyak sikap saya yang telah berubah, pemarah, tidak rasional, bercakap dengan nada yang tinggi dan macam-macam lagi. Bukan itu sikap-sikap saya. Ya Allah, kenapa jadi begini. Lantas sebagai 'garis panduan' untu saya kekal sebagai saya seadanya maka wujud la DO's & DON'Ts ini.


DO's:
1) Sentiasa bersikap rasional dan terbuka
2) Positif thinking
3) Buat apa yang tebaik untuk diri
4) Sentiasa memberi peluang untuk memperbaiki diri
5) Ingat asal usul diri dan jadikan pengalaman sebagai iktibar
6) Bertenang ketika berdepan dengan konflik
7) Berani kerana benar
8) Jadi insan yang berkebolehan
9) Setiap masalah ada penyelesaian
10) Berdikari
11) Be yourself
12) Sentiasa ingat pada Nya
13) Tabah hadapi segala kemungkinan


DON'Ts:
1) Jangan sentiasa menyalahkan diri sendiri
2) Jangan mudah tertipu
3) Jangan cepat melintang, cuba kawal emosi walaupun dalam keadaan tertekan
4) Jangan cepat membuat andaian, selidik dahulu
5) Jangan mudah mengalah, pertahankan yang hak
6) Jangan benarkan diri ditindas
7) Jangan terlampau bergantung kepada orang
8) Jangan sekali-kali abaikan Suami dan Arif
9) Jangan lupa solat


Kalau ikutkan banyak lagi nak dilistkan tapi mata ni dah mengantuk. Kalau ada pertambahan, saya akan tambah demi untuk kebaikan diri sendiri.


Wasalam

Wednesday, 11 May 2011

Percaya Padaku

Hmmm.....saya sangat suka lagu ni sebab sangat sweet. Terima kasih kerana memperkenal lagu ni pada saya, sayang selalu....mmmuahhhh. Enjoy :)

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku

percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu

untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



Wassalam...


Wednesday, 4 May 2011

Gelora Jiwa

Saya sangat suka akan lagu ni. Lagu asal dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (idola saya daripada kecik) dan Lena Abdullah untuk filem Anjoran Nasib pada tahun 1952. Lagu ni telah dinyanyikan semula oleh Yunalis Zarai (Yuna), salah seorang artis yang saya minati. Lirik dia sangat menarik....enjoy :)

Cinta apakah tandanya
jika engkau hanya
permudah kata saja

Hati tak akan berguna
jika sang asmara
tidak meresap ke dalam jiwa

Rindu itulah tandanya
aku kasihmu aduhai asmara
cinta oh cinta yang ternyata
hanya dapat kusematkan
dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
bergetar merayukan sukma
menyanyi lagu cinta hati
tandaku nan membalas cintamu
yang tidak mudah hilang
dari kenanganku

Rindu itulah tandanya
aku kasihmu aduhai asmara
cinta oh cinta yang ternyata
hanya dapat kusematkan
dalam dadaku yang remaja
 
Di bawah ni, saya ada sekalikan kedua-dua versi lagu Gelora Jiwa ( oleh P. Ramlee & oleh Yuna).
 
i)  (Gelora Jiwa - Versi 1952)   
 
             

ii) (Gelora Jiwa - Versi 2010)

    
        
 
Wassalam
 


Thursday, 28 April 2011

Hikmah daripada E-mail

Tersentuh hati dengan mutiara kata daripada Tn. Hj. Suhaimi hari ini. Sesungguhnya ia sedikit sebanyak membuka mata saya bahawa setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan walau dengan apa cara sekalipun yang penting niat kita ikhlas. Walau di mana saja kita berada, Insya Allah sekiranya niat kita ikhlas, Allah akan sentiasa membantu. Saya sedar bahawa sehungga saat ini, saya terlampau banyak bersungut, seolah-olah tidak bersyukur dan telah terlupa bahawa setiap dugaan Nya adalah juga hikmah.

Ya Allah, betapa aku telah begitu alpa, sehingga tidak melihat kebaikan yang terbentang di hadapan mata. Ya Allah, terima kasih atas ingatan Mu ini. Terima kasih kerana memperkenan doa ku. Semoga aku akan sentiasa kekal positif dengan setiap apa yang mendatang demi Mu dan keluarga ku dan semoga sentiasa ada sinar keimanan di dalam diri kami. Amin :)

Mutiara kata dan huraiannya berbunyi begini:

“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu”.

HURAIAN
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?”  “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih? ”Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?”“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini.

Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.  Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”“Subhanallah!”“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”“Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”“Maksud encik?”“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”“Kenapa?”“Kita akan sakit jiwa!”“Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “kata kakak itu perlahan.“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…”Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


Wassalam

Wednesday, 27 April 2011

Firasat atau Prasangka

Daripada semalam saya merasa tidak sedap hati, seperti ada yang berlaku di luar pengetahuan saya. Saya dapat mengagaknya tapi takut untuk meluahkannya. Hati ini berat menyatakan bahawa suami telah berhubung semula dengan perempuan itu dan saya telah cuba sedaya upaya menepis menepis firasat itu. Ya Allah, senadainya benar firasat saya ini, saya memohon pada Mu untuk memperkuat emosi saya sesungguhnya di saat ini saya tiada lagi kekuatan untuk menerima sebarang cerita berkaitan perempuan itu.

Dan seandainya benar firasat saya ini, saya akan hanya mampu memendam rasa, terkilan, sedih, pilu, terluka kerana saya tahu suami tidak pernah cuba memahami perasaan saya ini. Biarlah dia bahagia walaupun saya terpaksa menerima akibatnya. Kecewa kerana suami memang tidak langsung cuba memahami perasaan ini tapi biarlah. Apabila tiba masa dan saatnya, saya nekad untuk mengundur diri bersama Arif, walaupun dengan hati yang cukup berat. Dan di saat itu juga, saya percaya suami telah ada cinta hati yang baru dan kami tidak akan diperdulikan lagi. Biarlah saya mengalah demi kebahagiaannya kerana itu lah kemahuannya - bersama insan yang dicintai dan saya tahu saya bukan insan itu.

Pada ketika itu, kami mungkin dibuang jauh dari hidupnya kerana telah ada yang baru. Dan mungkin ketiadaan kami langsung tidak dipeduli. Sehingga saat itu, saya akan cuba sedaya upaya bertahan walaupun kudrat saya sudah tiada lagi.

p/s: Saya masih belum buat ujian itu lagi tapi saya pasti keputusan nya negatif. Tetapi seandainya positif, saya terima dengan redha kerana itulah pemberian Nya dan akan menyayanginya walaupun suami tidak berkehendakkannya.

Wasalam

Tiada Di Hatinya

Secebis luahan dari sekeping hati yang telah terluka dan hanya memohon untuk dimengertikan daripada insan yang paling dicintai....


Segalanya telah ku korbankan
Memenuhi hasrat semoga kau kekal gembira
Segala kemahuan mu ku turutkan
Hanya kerana di hati ku kau bertakhta


Tanpa ku sedar begini akhirnya
Ku harap sinar bahagia ke akhirnya
Rupanya awan mendung menjengah rupa
Hidup ku kini dirundung duka


Masih tersisakah bahagia di hati
Seandainya raja hati enggan mengerti
Adakah ria mampu menjelma kembali
Seandainya aku tiada di hati lagi


Tiada lain ku pinta hanya pengertian
Daripada insan yang amat ku harapkan
Jangan biar hati ini luka berpanjangan
Walaupun aku bukan lagi pilihan


Buat insan yang amat ku kasihi
Ketahuilah hati ini tidaka berbelah bagi
Doa ku buat mu sentiasa di hati
Walau pun aku tiada harga lagi


Di suatu hari mungkin kau fahami
Di saat aku tiada lagi di sisi
Aku hanya mahu kau mengerti
Aku tak kan pernah berhenti menyintai


Duhai Yang Esa aku berserah
Hanya pada Mu ku memohon
Kau tingkatkanlah iman, berikan hidayah
Agar aku tidak tertewas menempuh dugaan


Wassalam

Monday, 25 April 2011

Gembira Dalam Tangis

Apalah nak jadi dengan nasib saya, terumbang-ambing seorang diri, memujuk hati yang sedih dan duka lara. Tiada siapa yang mendengar akan rintihan saya. Tiada siapa. Kepada siapa patut saya mengadu? Ntah lah, insan yang paling saya harap telah jauh berubah. Terasa badan ini tiada lagi terdaya kerana semangat yang ada semakin hilang satu persatu. Nak mengadu pada angin, nak ke angin dengar. Luaran memang nampak ceria dan gembira tapi gelodak di jiwa ini hanya Allah saja yang tahu. Telah saya adukan kepada Nya, Alhamdulillah ada la terubat pekung di dada ni.

Minggu yang diharapkan akan bahagia tiba-tiba hancur berderai. Malam tadi kami bertengkar, perkaranya-perempuan itu. Saya amat-amat tersentuh pada ketika itu dan tidak mampu mengawal perasaan. Tanpa saya sedar saya telah meninggikan suara pada Suami. Ya Allah, apa yang telah saya buat. Kepada Suami, saya memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya amat-amat menyesal. Saya umpama hilang pedoman. Saya memahami situasi Suami dan saya cuba sedaya upaya untuk mengubat hatinya namun hatinya bukan untuk saya lagi, hatinya hanya pada perempuan itu. Suami masih berharap pada perempuan itu. Katanya seperti ada yang belum selesai. Isteri mana yang tidak tersentuh hati apabila suami bercerita mengenai hati dan perasaannya dengan orang lain. Telah saya cuba untuk menenangkan hati ini ketika itu, tapi gelodak jiwa terlampau bergelodak sehingga tidak dapat dikawal. Maafkan aku wahai suami ku, bukan ku tak sayang mahupun tidak ada sekelumit niat untuk menyakitimu. Ku memahami mu seadanya namun adakalanya tertewas dengan perasaan ini yang telah luka bernanah. Ku pohon cuba fahami situasi ku ini seperti mana yang pernah selalu kau lakukan dahulu untuk ku, seperti mana aku yang sentiasa cuba memahami diri mu.

Ntah lah, andai kata Suami berada di tempat saya 6 tahun dulu, mungkin lagi teruk keadaan nya sekarang. Sudahlah saya melihat dengan mata kepala sendiri akan perlakuan yang paling jijik di antara 'F' dengan pekerjanya. Tidak cukup dengan itu, saya ditinggalkan sendirian di lebuhraya yang gelap tanpa alasan. Terkontang-kanting balik berjalan kaki sendiri dek kerana takut untuk menumpang sesiapa. Saat itu, saya ibarat sampah, tiada harga, dibuang sesuka hati. Pun begitu saya masih sayang pada 'F'.

Selepas kejadian itu, saya cuba hubungi 'F' tapi langsung tidak diendahkan. Hari, minggu, bulan berganti ke tahun hati ini masih tetap padanya masih kuat mencintainya. Auranya terlalu kuat dengan saya. Saya tahu dia masih sayangkan saya dan mempunyai sebab melakukan perkara itu. Hati ini selalu menidakkan perkara yang tidak baik tentang dirinya. Perasaan saya selalu benar mengenai dirinya. Terlampau banyak buktinya pada waktu itu. Pada saya, hanya dia untuk saya dan tiada insan lain yang sama dengan 'F'. Syukur Alhamdulillah kerana dek kesibukan kerja akhirnya aku bebas dari perasaan itu dan masih mampu berfikir betapa saya telah mensia-siakan 5 tahun semata-mata hidup dalam fantasi. Bila diingatkan balik, adakah perpisahan ketika itu sesuatu yang belum selesai? Mungkin ya, kerana saya telah dibuang begitu sahaja tanpa mendapat sebarang penjelasannya sehingga sekarang namun saya doakan semoga 'F' bahagia walau di mana sahaja dia berada. Life must go on kan?

Masihkah ada bahagia untuk saya di luar sana? Setiap hari yang dilalui terlampau berliku, penuh dengan batu kerikir yang amat tajam, semakin hari semakin melarat lukanya. Saya sedar apa yang saya alami adalah balasan untuk apa yang telah saya lakukan dulu. Ya, saya sedar betapa berdosanya saya, bukan setakat dosa kecil tapi seberat-berat dan sebesar-besar dosa yang ada di muka bumi ini - berzina dan menggugurkan kandungan. Ya Allah, betapa hinanya hamba Mu ini. Sesungguhnya saya telah insaf dan memohon taubat daripada Mu dan redha setiap ujian-ujian Mu ini, namun saya hanya insan biasa, lemah segala-galanya. Namun Insya Allah akan saya gagahkan juga demi memohon keampunan dari Mu.

Ya Allah, berikan lah kekuatan buat diri ini untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Kuatkan lah iman di dada ini, cekal dan tabahkanlah hati yang kerdil ini. Sesungguhnya aku tiada tempat mengadu melainkan hanya pada Mu.

Biarlah saya rawat luka ini sendiri, seandainya insan yang saya amat harapkan tidak sudi lagi untuk mambantu.


Wassalam