Thursday, 23 June 2011

"Do's & Don't"

Salam, dah lama saya tak menulis dalam blog ni. Almaklum lah, rutin hidup semakin menuntut ruang dan masa. Banyak peristiwa telah terjadi dan ia makin menghimpit perasaan insaniah dan logikal secara akli. Sebagai seorang isteri, saya harus taat kepada suami dan saya sama sekali tidak membantah mahupun mempersoalkan segala tindakannya. Namun adakalanya, saya juga perlukan perhatiannya tapi mungkin ruangan masa dan waktunya untuk saya amat terbatas memandangkan keperluan kehidupannya lebih menuntut pengisiannya. Hmmm.....ntah lah, adakalanya saya terfikir bahawa masa dan perhatiannya daripada asal lagi bukan untuk diri ini.


Terasa hidup ini semakin kosong dan dia semakin jauh meninggalkan saya. Walau apa pun yang saya lakukan tetap tidak dapat menggembirakan hatinya, dan ya, saya tahu apa yang akan membuatkannya gembira semula......PEREMPUAN itu. Tahukah dia bahawa setiap kali dia mengucapkan perihal berkaitan perempuan itu, makin dalam, pedih dan benanah luka di hati ini. Tidak cukupkah kesengsaraan yang saya alami, penipuan-penipuan bodoh yang terpaksa saya telan dan yang paling saya terkilan, maruah saya yang telah dicemari sebagai seorang isteri (Tetiba peristiwa di PUSPAL menjelma kembali. Sungguh saya amat malu masa itu, mereka menafikan saya sebagai isteri MOHD DIAN BIN NAIS) Tika ini, saya tidak lagi dibenarkan menelefonnya, alasan dia tidak suka ditelefon. Jadi selama ini....? Tapi biarlah, saya malas nak fikir dan meratap hiba. Saya perlu teruskan hidup demi Arif. Hanya dia pengubat hati ketika duka dan pendengar setia setiap rintihan jiwa ini. Apa pun saya redha, walau apa terjadi sekalipun kerana ini adalah qada' dan qadar Nya dan saya tetap menyintai Suami saya hingga ke hujung nafas ini, sekiranya diizinkan... Insya Allah.


Peristiwa-peristiwa ini telah banyak mengubah siapakah diri ini sebenarnya. Saya tidak lagi mengenali diri saya sendiri. Saya tidak lagi tahu apakah peranan saya dalam kehidupan ini. SIAPA SAYA?????  Banyak sikap saya yang telah berubah, pemarah, tidak rasional, bercakap dengan nada yang tinggi dan macam-macam lagi. Bukan itu sikap-sikap saya. Ya Allah, kenapa jadi begini. Lantas sebagai 'garis panduan' untu saya kekal sebagai saya seadanya maka wujud la DO's & DON'Ts ini.


DO's:
1) Sentiasa bersikap rasional dan terbuka
2) Positif thinking
3) Buat apa yang tebaik untuk diri
4) Sentiasa memberi peluang untuk memperbaiki diri
5) Ingat asal usul diri dan jadikan pengalaman sebagai iktibar
6) Bertenang ketika berdepan dengan konflik
7) Berani kerana benar
8) Jadi insan yang berkebolehan
9) Setiap masalah ada penyelesaian
10) Berdikari
11) Be yourself
12) Sentiasa ingat pada Nya
13) Tabah hadapi segala kemungkinan


DON'Ts:
1) Jangan sentiasa menyalahkan diri sendiri
2) Jangan mudah tertipu
3) Jangan cepat melintang, cuba kawal emosi walaupun dalam keadaan tertekan
4) Jangan cepat membuat andaian, selidik dahulu
5) Jangan mudah mengalah, pertahankan yang hak
6) Jangan benarkan diri ditindas
7) Jangan terlampau bergantung kepada orang
8) Jangan sekali-kali abaikan Suami dan Arif
9) Jangan lupa solat


Kalau ikutkan banyak lagi nak dilistkan tapi mata ni dah mengantuk. Kalau ada pertambahan, saya akan tambah demi untuk kebaikan diri sendiri.


Wasalam